JJ204-WORKSHOP TECHNOLOGY 2


SISTEM PADAN DAN HAD



 

UNIT  2




SISTEM PADAN DAN HAD


            Tolok dalam sistem padan dan hadText Box:

            OBJEKTIF



Objektif am  :              Mempelajari, memahami dan menggunakan sistem padan dan had serta kepentingan dalam proses pengeluaran.

Objektif khusus  :        Diakhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

                                    1.         Menyatakan tiga jenis utama padan

                                    2.         Menamakan jenis-jenis tolok  had.

                                    3.         Menghuraikan penggunaan pelbagai jenis tolok had.

                                    4.         Menyatakan kaedah pengujian permukaan rata.

                                   


















SISTEM PADAN DAN HAD

_____________________________________________________________________
 
 



                                                            INPUT





2.1       Sistem Padan
           
2.1.1    Takrif dan tiga jenis utama padan

            Ia adalah  keadaan perhubungan diantara bahagian-bahagian bahan kerja yang
            dipasangkan atau dicantumkan bersama-sama. Keadaan perhubungan ini
            menentukan jenis padan, di mana ia boleh di bahagikan kepada tiga :
           
a.                   padan telusan  (kelegaan )
b.                  padan  peralihan
c.                   padan terganggu



a.       Padan Telusan ( Kelegaan )

Ia berlaku apabila kelegaan positif terjadi di antara had tinggi lubang dan had rendah aci. Ia juga boleh dikatakan padan telusan berlaku apabila saiz aci lebih kecil dari lubang. Ia digunakan apabila bahagian – bahagian yang dicantum boleh bergerak dengan bebas dan senang. Ini boleh didapati pada sesendal dan aci.
                                                              Bolt         bahan kerja
 














                                             Rajah  2.1
                                  (Teknologi Woksyop I & II -Abd.Rami Abdullah)
                             
SISTEM PADAN DAN HAD

___________________________________________________________________


b.      Padan peralihan

Berlaku apabila had tinggi aci sama dengan had rendah lubang atau sebaliknya. Padan ini apabila dipasang adalah tidak longgar dan tidak pula ketat. Ini boleh didapati pada ‘ bush ‘  dan aci.
 



    
    arbor
 

 
 






                                                            Rajah 2.2
                                           (Teknologi Woksyop I & II -Abd.Rami Abdullah)

c.       Padan terganggu

Berlaku apabila kelegaan negatif terjadi di antara had tinggi aci dan had rendah lubang. Ini boleh didapati pada bebola dan aci.

 










                                          Rajah 2.3
                          (Teknologi Woksyop I & II -Abd.Rami Abdullah)










SISTEM PADAN DAN HAD

_____________________________________________________________________


2.1.2        Penggunaan sistem padan

i.  Sistem padan pada asas aci

            Ia adalah suatu sistem yang berasaskan aci apabila aci menjadi alat tetap. 
            Berbagai-bagai padan boleh terjadi dengan membeza – bezakan saiz aci itu.

 















       
                                                       Rajah 2.4
                                         (Teknologi Woksyop I & II -Abd.Rami Abdullah)
           
            ii. Sistem padan pada asas lubang

            Ia adalah sistem  yang berasaskan lubang apabila lubang menjadi alat tetap 
            Dan berbagai-bagai  padan boleh terjadi dengan membeza-bezakan saiz
            lubang itu.
 












                                                 Rajah 2.5
                                      (Teknologi Woksyop I & II -Abd.Rami Abdullah)
SISTEM PADAN DAN HAD

_____________________________________________________________________

2.2         Tolok Had

2.2.1        Pengenalan dan jenis tolok had

            Tolok had digunakan untuk menguji ketepatan ukuran sesuatu bahan kerja
            dalam had-had yang telah ditentukan. Bahagian permukaan  menolok bagi sesuatu tolok had itu mestilah keras dan tahan haus supaya ketepatan saiznya tidak hilang atau berkurangan. Bagi tolok angkup atau tolok snap , keluli tuang yang dikeraskan ( pada permukaan menolok sahaja ) adalah sesuai. Bagi tolok palam , keluli aloi atau keluli lembut yang di  keraskan pada bahagian kulit  adalah memadai.

Dalam kejuruteraan terdapat lima jenis tolok had iaitu :

a.                   Tolok palam selinder
b.                  Tolok angkup / tolok  snap
c.                   Tolok palam  dan tolok cincin  benang skru
d.                  Tolok cincin
e.                   Tolok palam tirus dan tolok cincin tirus



2.2.2        Penggunaan pelbagai jenis tolok had

a.      Tolok palam selinder

                        Digunakan untuk menguji atau memeriksa diameter dalam pada lubang
                        lurus. Kedua-dua hujung tolok ditandakan go dan not go. Hujung go
                        boleh memasuki lubang kerana dibuat dengan saiz had rendah,
                        manakala hujung not go tidak boleh memasuki lubang kerana dibuat
                        dengan saiz had tinggi. Biasanya hujung go dibuat lebih panjang
                        daripada hujung not go untuk mengelakkan daripada cepat haus akibat
                        kekerapan geseran dengan permukaan lubang.

 








                                                Rajah 2.6
                                     (Teknologi Woksyop I & II -Abd.Rami Abdullah)



SISTEM PADAN DAN HAD

_____________________________________________________________________

b.      Tolok angkup / tolok snap

            Aci-aci dan komponen-komponen berbatang biasanya diperiksa
            dengan tolok angkup. Tolok-tolok jenis ini yang bersaiz kecil dikenali
            sebagai tolok snap. Tolok ini ada yang berjenis padu dan ada yang
            andasnya boleh dilaraskan kepada go dan not go. Penggunaan tolok ini
            terhad kepada kerja-kerja pengeluaran dimana bahan  kerja yang
            serupa  dihasilkan dalam bilangan yang besar. Dalam kerja-kerja
            kejuruteraan biasa dibengkel , aci-aci diperiksa dengan menggunakan
            mikrometer.

 










Rajah 2.7
(Teknologi Woksyop I & II -Abd.Rami Abdullah)

c.       Tolok palam dan Tolok cincin benang skru
           
            i. Tolok palam benang skru :

            Benang dalam diperiksa dengan menggunakan tolok palam benang
            skru dengan kaedah go dan not go seperti mana tolok palam selinder.
            Bahagian go mestilah boleh dipusingkan  sehingga masuk keseluruhan
            lubang benang dan bahagian  not go  hanya boleh masuk ke dalam
            lubang sehingga benang ketiga sahaja.
 










                                                Rajah 2.8
                               (Teknologi Woksyop I & II -Abd.Rami Abdullah)

SISTEM PADAN DAN HAD

_______________________________________________________________


            ii. Tolok cincin benang skru:

            .           Benang luar diperiksa dengan menggunakan tolok cincin benang skru      dengan kaedah go dan not go seperti mana tolok cincin biasa. Bahagian go mestilah boleh dipusingkan masuk keseluruhan tolok dan bahagian not go hanya boleh masuk ke dalam pasak setakat benang ke tiga sahaja.
    
 
 







 

                                                           
                                                            Rajah 2.9
                                                (Teknologi Woksyop I & II -Abd.Rami Abdullah)


d.      Tolok  Cincin


                        Digunakan untuk  menguji diameter luar  silinder. Dibuat berpasangan,
                        untuk  go  dibuat mengikut saiz had rendah dan satu lagi untuk  not go
                        dibuat mengikut saiz had tinggi silinder.

 












                                                            Rajah 2.10
                                              (Teknologi Woksyop I & II -Abd.Rami Abdullah)




SISTEM PADAN DAN HAD

_____________________________________________________________________

e.    Tolok Palam Tirus dan  Tolok Cincin  Tirus.

                        Tolok palam tirus dan tolok cincin tirus dibuat dengan tirus khas atau
                        piawai  dan digunakan untuk memeriksa saiz lubang atau batang tirus
                        dengan ketetapan penirusan. Kedua-dua tolok ini juga mempunyai
                        tanda go dan not go.

 

     






 




                                                                        Rajah 2.11
                                                     (Teknologi Woksyop I & II -Abd.Rami Abdullah)

























SISTEM PADAN DAN HAD

_____________________________________________________________________

 
Cloud Callout:
 

                                    AKTIVITI 2





Uji kefahaman anda.  Sila semak jawapan anda pada maklumbalas
dihalaman berikutnya.


            1.         Berpandukan kepada gambarajah terangkan apakah yang dimaksudkan dengan perkara-perkara berikut dan berikan contoh penggunaannya bagi setiap padan tersebut:
a.       padan telusan
b.      padan peralihan
c.       padan terganggu

2.         Apakah kegunaan tolok had dalam kejuruteraan.

3.         Nyatakan lima (5) jenis tolok had yang boleh didapati dalam
            kejuruteraan.

4.         Terangkan  dengan ringkas fungsi dan cara kerja tolok palam selinder.

5.          Apakah yang dimaksudkan dengan istilah  go  dan  not go pada tolok
             palam benang skru.

6.          Lakarkan dan namakan jenis tolok yang digunakan bagi menguji
             bahagian dalam dan luar sebuah selinder.
















SISTEM PADAN DAN HAD



 
 


                                    MAKLUM BALAS
                                    KEPADA AKTIVITI 2




Jawapan


1a)       Padan Telusan

Berlaku apabila kelegaan positif terjadi di antara had tinggi lubang dan had rendah aci. Ini boleh didapati pada sesendal dan aci.




                                                                                bolt          benda kerja


 

 

                                                               Padan telusan












SISTEM PADAN DAN HAD




1b)       Padan peralihan

            Berlaku apabila Had tinggi aci sama dengan Had rendah lubang atau
            sebaliknya. Padan ini apabila dipasang adalah tidak longgar dan tidak
            pula ketat. Ini boleh didapati   pada  ‘Bush’ dan  Aci.
                       


 
    arbor
 
      kekunci
 

 

 
                       
                       


            1c)       Padan terganggu

                        Berlaku apabila kelegaan negatif terjadi di antara Had tinggi aci dan
                        Had rendah lubang. Ini boleh didapati pada bebola dan aci.


Bahan
kerja
 
bush
 

 
Text Box:

 
           








SISTEM PADAN DAN HAD





2.         Tolok had digunakan untuk menguji ketepatan ukuran sesuatu bahan kerja dalam had yang telah di tentukan.

            3.         a)         tolok palam selinder
b)                  tolok cincin
c)                  tolok angkup/tolok snap
d)                 tolok palam dan tolok cincin benang skru.
e)                  tolok palam tirus dan tolok cincin tirus.


4.         Fungsi dan cara kerja tolok palam selinder.

                        Digunakan untuk menguji atau memeriksa diameter dalam pada lubang
                        lurus. Kedua-dua hujung tolok ditandakan go dan not go. Hujung go
                        boleh memasuki lubang kerana dibuat dengan saiz had rendah,
                        manakala hujung not go tidak boleh memasuki lubang kerana dibuat
                        dengan saiz had tinggi. Biasanya hujung go dibuat lebih panjang
                        daripada hujung not go untuk mengelakkan daripada cepat haus akibat
                        kekerapan geseran dengan permukaan lubang.

5.         Bahagian go mestilah boleh dipusingkan  sehingga masuk keseluruhan
            lubang benang dan bahagian  not go  hanya boleh masuk ke dalam
            lubang sehingga benang ketiga sahaja.





















SISTEM PADAN DAN HAD




6.         Tolok Palam Selinder.



 

 





            Tolok Cincin selinder.



 

















SISTEM PADAN DAN HAD

_____________________________________________________________________

 
 

                                    PENILAIAN KENDIRI




            Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan
            anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada sebarang masalah sila
            berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencoba !


1.                  Dengan menggunakan lakaran rajah yang jelas, namakan dan terangkan secara ringkas TIGA jenis sistem padan.

2.                  Nyatakan EMPAT sebab mengapa sistem padan dan had diperlukan.

3.                  Nyatakan LIMA jenis toloh had dan terangkan dengan ringkas berkenaan dengan tolok palam tirus dan tolok cincin tirus.

4.                  Lukis gambarajah dan nyatakan fungsi setiap tolok berikut :

i.                    tolok palam selinder
ii.                  tolok snap boleh laras
iii.                tolok palam benang skru

            5.         Ukuran-ukuran berikut diberikan bagi satu aci dan lubang yang
                        berdiameter namaan ( saiz asas ) 25 mm.                                                                                                                                            + 0.014
                                    Lubang :               25  mm
                                                                                    + 0.010

                                                                                    + 0.007
                                    Aci       :                25 mm
                                                                                    - 0.003
            Tentukan :
i.                    had tinggi lubang
ii.                  had rendah lubang
iii.                had tinggi aci
iv.                had rendah aci
v.                  had terima lubang
vi.                had terima aci
vii.              kelegaan maksimum di antara lubang dan aci
viii.            kelegaan minimum di antara lubang dan aci


SISTEM PADAN DAN HAD

_____________________________________________________________________

 
 


                                    MAKLUM BALAS
                                    KEPADA PENILAIAN KENDIRI



Adakah anda telah mencuba dahulu ?  Jika Ya sila semak jawapan anda.

1.         a. Padan Telusan ( Kelegaan )

Ia berlaku apabila kelegaan positif terjadi di antara had tinggi lubang dan had rendah aci. Ia juga boleh dikatakan padan telusan berlaku apabila saiz aci lebih kecil dari lubang. Ia digunakan apabila bahagian – bahagian yang dicantum boleh bergerak dengan bebas dan senang. Ini boleh didapati pada sesendal dan aci.

                                                      Bolt                 bendakerja

 


b.      Padan peralihan

Berlaku apabila had tinggi aci sama dengan had rendah lubang atau sebaliknya. Padan ini apabila dipasang adalah tidak longgar dan tidak pula ketat. Ini boleh didapati pada  bush dan aci.
 



arbor
 
    


 
 






SISTEM PADAN DAN HAD

___________________________________________________________________


c.       Padan terganggu

Berlaku apabila kelegaan negatif terjadi di antara had tinggi aci dan had rendah lubang. Ini boleh didapati pada bebola dan aci.
bush
 
 

Bahan
kerja
 

 

                                   
2.         a.         Ia boleh mengurangkan kos pengeluaran
b.         Ia boleh melaraskan taraf kemahiran kumpulan
c.         mengizinkan kebolehan pertukaran alat
d.            Ia mendapatkan darjah padan bahagian-bahagian yang
            bercantum.



            3.         a.         tolok palam selinder
             b.         tolok cincin
             c.         tolok angkup/tolok snap
            d.         tolok palam dan tolok cincin benang skru.
            e.         tolok palam tirus dan tolok cincin tirus.


            Tolok Palam Tirus dan  Tolok Cincin  Tirus.

                        Tolok palam tirus dan tolok cincin tirus dibuat dengan tirus khas atau
                        piawai  dan digunakan untuk memeriksa saiz lubang atau batang tirus
                        dengan ketetapan penirusan. Kedua-dua tolok ini juga mempunyai
                        tanda go dan not go









SISTEM PADAN DAN HAD

__________________________________________________________________


4.   i.   Tolok palam selinder
                        Digunakan untuk menguji atau memeriksa diameter dalam pada lubang
                        lurus. Kedua-dua hujung tolok ditandakan go dan not go. Hujung go
                        boleh memasuki lubang kerana dibuat dengan saiz had rendah,
                        manakala hujung not go tidak boleh memasuki lubang kerana dibuat
                        dengan saiz had tinggi. Biasanya hujung go dibuat lebih panjang
                        daripada hujung not go untuk mengelakkan daripada cepat haus akibat
                        kekerapan geseran dengan permukaan lubang.



 


      ii. Tolok angkup / tolok  snap
            Aci-aci dan komponen-komponen berbatang biasanya diperiksa
            dengan tolok angkup. Tolok-tolok jenis ini yang bersaiz kecil dikenali
            sebagai tolok snap. Tolok ini ada yang berjenis padu dan ada yang
            andasnya boleh dilaraskan kepada go dan not go. Penggunaan tolok ini
            terhad  kepada kerja-kerja pengeluaran dimana bahan  kerja yang
            serupa  dihasilkan dalam bilangan yang besar. Dalam kerja-kerja
            kejuruteraan biasa dibengkel , aci-aci diperiksa dengan menggunakan
            mikrometer.

   

 





SISTEM PADAN DAN HAD

__________________________________________________________________


             iii.  Tolok palam benang skru
            Benang dalam diperiksa dengan menggunakan tolok palam benang
            skru dengan kaedah go dan not go seperti mana tolok palam selinder.
            Bahagian go mestilah boleh dipusingkan  sehingga masuk keseluruhan
            lubang benang dan bahagian  not go  hanya boleh masuk ke dalam
            lubang sehingga benang ketiga sahaja.



 


5.         i.          Had tinggi lubang       =          25.013 mm
            ii.         Had rendah lubang     =          25.009 mm
            iii.        Had tinggi aci             =          25.006 mm
            iv.        Had rendah aci            =          24.998 mm
            v.         Had terima lubang      =          had tinggi lubang – had rendah lubang
                                                            =          25.013 mm – 25.009 mm
                                                            =          0.004 mm

            vi.        Had terima aci             =          had tinggi aci – had rendah aci
                                                            =          25.006 mm – 24.998 mm
                                                            =          0.008 mm

            vii.       Kelegaan maksimum di antara lubang dan aci
                                                            =          had tinggi lubang – had rendah aci
                                                            =          25.013 mm – 24.998 mm
                                                            =          0.015 mm

            viii.      Kelegaan minimum di antara lubang dan aci
                                                            =          had rendah lubang – had tinggi aci
                                                            =          25.009 mm – 25.006 mm
                                                            =          0.003 mm




1 comment:

  1. sy x fham, sy pnya soalan dia bagi saiz nominal lubang 26 mm, had terima 0.02mm tp had terima bwah dia x bg

    ReplyDelete